GUNUNG BALING, KEDAH
Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung ini terletak di daerah Baling Sik. Hiking merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pendaki dalam negara dan juga luar negara seperti dari pelancong Korea , Jepun, Indonesia, serta dari benua lain. Pemandangan yang menarik menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk mengunjungi tempat ini.
Laluan Trek yang mencabar
1. laluan hutan
2. cerun yang curam
.
AKTIVITI HIKING
Aktiviti ini sangat sesuai untuk dijalankan bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Selalunya aktiviti ini dijalankan oleh pertubuhan kelab-kelab outdoor dari seluruh negeri mahupun negara. Untuk lebih menjamin keselamatan, pendaki perlu terdiri daripada ahli yang ramai. Hal ini bagi mengelakkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.
aktiviti ini juga sesuai untuk dijalankan bersama ahli keluarga. Namun begitu, taraf kesihatan ahli keluarga perlu diambil berat serta memastikan semua ahli keluarga bersedia dari segi fizikal dan mental.

KHAZANAH SEMULA JADI
Khazanah semula jadi yang terdapat di Gunung Baling adalah seperti batu kristal yang unik, pemandangan yang cantik dan lain lain.


Perjalanan ke Gunung Baling
a) PETA LALUAN
Petunjuk yang diberikan mungkin berguna kepada anda yang ingin ke Gunung baling.
No comments:
Post a Comment