Sunday 20 November 2016

Pantai yang menjadi tumpuan di Kedah

PANTAI MERDEKA, KEDAH


Pantai ini terletak di sebelah utara malaysia iaitu di Sungai Petani, Kedah. Pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Daerah Kuala Muda, Yan. Pada hujung minggu kawasan ini akan dipenuhi orang ramai sama ada bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. 

Pemandangan yang cantik

pantai merdeka terletak berhampiran dengan Gunung jerai iaitu merupakan salah sebuah Gunung antara yang tertinggi di Malaysia. selain itu, pantai ini juga mempunyai pesisiran pantai yang bersih serta air yang besih. 


Suasana di hujung minggu

Pantai merdeka merupakan salah satu pilihan tempat ahli keluarga meluangkan masa bersama ahli-ahli keluarga mereka. Ia kelihatan suasana yang sangat meriah kerana dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat yang berbeza agama dan sebagainya. 




Aktiviti menarik yang boleh dilakukan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :


 1. Memancing

Kawasan ini juga turut menjadi pilihan kaki pancing yang ingin memancing secara santai bersama keluarga. Mereka akan memancing di tebing persisiran pantai tersebut. terdapat pelbagai jenis ikan yang sering dipancing oleh mereka antaranya ialah ikan pari, gelama, duri dan lain-lain.


2. Bermandi manda

Pantai yang selamat serta pengawalan keselamatan daripada pengawal pantai membolehkan orang ramai untuk bermandi manda di kawasan ini
3. Menaiki bot ke Tanjung Dawai

Terdapat khidmat bot yang disediakan untuk menyeberangi ke Tanjung Dawai. Dengan bayaran sebanyak Rm4, orang ramai dapat pergi ke Tanjung Dawai untuk membeli barangan yang murah. Di Tanjung Dawai juga terdapat jualan seperti ikan kering serta makanan lain yang sukar ditemui di tempat lain. 

Makanan menarik

Ais kacang Pantai Merdeka merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung untuk mencubanya. Rasanya yang enak serta memuaskan hati penggemar ais kacang telah menyebabkan pengunjung sering mengunjungi Pantai Merdeka untuk menikmatinya.terdapat juga makanan lain yang menarik di kawasan ini.



Penginapan

Terdapat beberapa tempat yang disediakan bagi pengunjung yang datang dari jauh. Dengan harga yang berpatutan, pengunjung tidak akan rasa rugi mengunjungi pantai ini. fasiliti kawasan penginapan yang baik akan memuaskan hati pengunjung. selain itu, kawasan penginapan yang terletak berhampiran pantai, membuatkan pengunjung berasa tenang apabila dapat mendengar dentuman ombak serta merasakan angin laut yang nyaman.





Pantai Merdeka





No comments:

Post a Comment