Tuesday 15 November 2016

PULAU CANTIK


PULAU SIPADAN


 Pulau Sipadan Sabah | Anda suka akan keindahan kehidupan bawah laut? Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digambarkan kerana ianya adalah suatu pemandangan yang jarang- jarang sekali dapat kita lihat berbanding dengan tempat dan keindahan alam semesta yang lain. Bagi peminat skuba diving, pilihan yang paling tepat anda perlu buat adalah memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi pelancongan anda. Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut, mari kita kenali dahulu sejarah dan keunikan Pulau Sipadan Sabah yang terletak di Semporna, Sabah ini.
Pulau Sipadan merupakan satu- satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan Sabah mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Sipadan ialah sebuah pulau yang menjadi rebutan oleh Malaysia dan Indonesia pada suatu ketika dahulu. Malahan, demi merebut pulau ini, isu tersebut dilanjutkan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Setelah selesai perbicaraan, Mahkaman menyerahkan Pulau Sipadan kepada Malaysia kerana Malaysia berjaya menunjukkan bukti pemilikan pulau ini disamping mendapat sokongan daripada British. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita harus menghargai usaha pemimpin- pemimpin terdahulu yang bertungkus lumus membela Pulau yang indah ini dengan memelihara dengan sebaiknya.
Pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitaran asalnya masih dapat dikekalkan sehingga kini. Seperti yang disebutkan, Pulau Sipadan sangat mengalu- alukan penyelam skuba untuk menikmati keindahan dasar laut. Pulau Sipadan Sabah sebenarnya ialah destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia. Di dasar laut tersebut diserikan dengan pelbagai spesis ikan, terumbu karang, penyu dan bermacam- macam lagi. Para penyelam skuba pasti akan terpesona melihat keindahan dasar laut yang berwarna- warni itu. Untuk pengetahuan para pembaca juga, demi menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semulajadi di Pulau Sipadan ini, hanya 120 orang penyelam sahaja dibenarkan dalam sehari.  Malah, pengunjung harus beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal. Peraturan ini diadakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan dilakukan terhadap kebersihan pulau dan keselamatan hidupan marin.(sumber: http://travelblog.my/)

Aktiviti yang menarik boleh dilakukan di pulau tersebut antaranya adalah seperti berikut: 

a) Menyelam 


b) Snorkeling. 




c) berkayak


PERJALANAN

Para pengunjung boleh pergi ke pulau sipadan dengan melaui Kota kinabalu atau tawau. Dimana para pengunjung yang tiba di Kota kinabalu hendaklah menuju ke tawau yang mengambil masa 8 jam jika menaiki bas manakala 45 minit untuk yang mengunakan kapal terbang. Apabila tiba di tawau,pengunjung perlu menuju ke pekan semporna iaitu kira-kira 1 jam perjalanan menaiki pancuan empat roda untuk menaiki bot ke pulau sipadan yang hanya mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada kelajuan bot yang dinaiki pengunjung. 





PENGINAPAN

Bagi kemudahan penginapan pula, memandangkan Pulau Sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan lindungan maka tempat penginapan yang terdekat hanya terletak di pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai yang mengambil masa kira-kira 25 min perjalanan bot dari pulau sipadan. 








PAKEJ PERCUTIAN

Pakej percutin ke Pulau Sipadan Adalah berbeza pada setiap tahun. oleh itu, anda perlu sentiasa merujuk pakej-pakej baru yang dimuat naik di media sosial ataupun media penyebaran maklumat yang lain. Ini merupakan contoh pakej percutian yang disediakan. Anda juga dinasihati untuk membuat tempahan awal supaya mendapat pakej yang terbaik dan lebih murah. Percutian ke Pulau ini akan menjadi suatu percutian yang menarik di waktu lapang serta memuaskan hati anda semua.


sumber : http://borneotourismagency.blogspot.my/
















No comments:

Post a Comment