Sunday 20 November 2016

Pantai yang menjadi tumpuan di Kedah

PANTAI MERDEKA, KEDAH


Pantai ini terletak di sebelah utara malaysia iaitu di Sungai Petani, Kedah. Pantai ini sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Daerah Kuala Muda, Yan. Pada hujung minggu kawasan ini akan dipenuhi orang ramai sama ada bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. 

Pemandangan yang cantik

pantai merdeka terletak berhampiran dengan Gunung jerai iaitu merupakan salah sebuah Gunung antara yang tertinggi di Malaysia. selain itu, pantai ini juga mempunyai pesisiran pantai yang bersih serta air yang besih. 


Suasana di hujung minggu

Pantai merdeka merupakan salah satu pilihan tempat ahli keluarga meluangkan masa bersama ahli-ahli keluarga mereka. Ia kelihatan suasana yang sangat meriah kerana dipenuhi oleh orang ramai yang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat yang berbeza agama dan sebagainya. 




Aktiviti menarik yang boleh dilakukan

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah :


 1. Memancing

Kawasan ini juga turut menjadi pilihan kaki pancing yang ingin memancing secara santai bersama keluarga. Mereka akan memancing di tebing persisiran pantai tersebut. terdapat pelbagai jenis ikan yang sering dipancing oleh mereka antaranya ialah ikan pari, gelama, duri dan lain-lain.


2. Bermandi manda

Pantai yang selamat serta pengawalan keselamatan daripada pengawal pantai membolehkan orang ramai untuk bermandi manda di kawasan ini
3. Menaiki bot ke Tanjung Dawai

Terdapat khidmat bot yang disediakan untuk menyeberangi ke Tanjung Dawai. Dengan bayaran sebanyak Rm4, orang ramai dapat pergi ke Tanjung Dawai untuk membeli barangan yang murah. Di Tanjung Dawai juga terdapat jualan seperti ikan kering serta makanan lain yang sukar ditemui di tempat lain. 

Makanan menarik

Ais kacang Pantai Merdeka merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung untuk mencubanya. Rasanya yang enak serta memuaskan hati penggemar ais kacang telah menyebabkan pengunjung sering mengunjungi Pantai Merdeka untuk menikmatinya.terdapat juga makanan lain yang menarik di kawasan ini.



Penginapan

Terdapat beberapa tempat yang disediakan bagi pengunjung yang datang dari jauh. Dengan harga yang berpatutan, pengunjung tidak akan rasa rugi mengunjungi pantai ini. fasiliti kawasan penginapan yang baik akan memuaskan hati pengunjung. selain itu, kawasan penginapan yang terletak berhampiran pantai, membuatkan pengunjung berasa tenang apabila dapat mendengar dentuman ombak serta merasakan angin laut yang nyaman.





Pantai Merdeka





Gua Kelam, Perlis

GUA KELAM, PERLIS


Gua Kelam, Perlis ialah sebuah gua batu kapur di Perlis, Malaysia. Gua ini terletak di pinggir pekan Kaki Bukit, 33 km di utara Kangar. Terdapat sebuah terowong semula jadi sepanjang 370 meter di dalamnya. Jambatan gantung di dalamnya menjadi tarikan pelancong. Air yang yang mengalir di dalamnya mengalir ke Sungai Perlis.
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyatakan Kementerian Pelancongan merancang untuk menjadikan gua ini sebagai destinasi pelancongan utama. Projek "Secret Garden of Perlis" ini akan melantik perunding rekabentuk taman bunga iaitu dua dari Perancis dan seorang dari London.[1]
Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit.Gua Kelam di namakan sempena dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini. Sungai bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi cahaya lampu.

SEBAGAI TEMPAT BERIDAH

Gua kelam sangat sesuai untuk dijadikan salah satu destinasi untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti riadah. berhampiran gua ini terdapat tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti seperti memancing. terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di dalam tasik ini seperti ikan haruan, puyu dan sebagainya. oleh itu, bagi keluarga yang suka memancing bolehlah merancang untuk pergi ke Gua Kelam.


Di samping itu, kawasan ini juga sesuai untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti mandi manda. Pada musim panas, kawasan ini sangat menjadi tumpuan orang ramai kerana airnya yang sejuk. Air ini merupakan air dari puncak bukit yang sangat sejuk.
                                      

TEMPAT MELAKUKAN AKTIVITI LASAK

Permukaan gunung yang cerun dan mencabar sangat menarik minat individu yang aktif dalam aktiviti rock climbing. Gua Kelam merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktivti ini.


KERETA API

Pengunjung yang datang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menaiki kereta api yang akan menyusuri gua tersebut. Namun begitu, baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini dan aktiviti kereta api ini terpaksa dihentikan.



AKTIVITI JALAN KAKI/HIKING

Terdapat trek jalan kaki di Gua kelam ini yang agak mencabar. Di samping itu, mereka juga boleh melihat flora dan fauna serta tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat dalam hutan Gua Kelam ini.




AKTIVITI KONVOI

Aktiviti berkonvoi merupakan salah satu aktiviti remaja di waktu lapang. terdapat kawasan yang luas di hadapan pintu gerbang Gua kelam ini untuk anak-anak muda berkumpul dan bergambar bersama kawan-kawan mereka. jadi, tiada masalah walaupun bilangan kenderaan yang banyak.




GUA YANG UNIK

Batu-batuan yang terdapat di gua ini sangat unik.






LOKASI
Gua ini terletak di kawasan kaki Bukit dalam Daerah Kangar di Negeri Perlis.








Tuesday 15 November 2016

Tempat Hiking di Kedah


GUNUNG BALING, KEDAH



Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Gunung ini terletak di daerah Baling Sik. Hiking merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pendaki dalam negara dan juga luar negara seperti dari pelancong Korea , Jepun, Indonesia, serta dari benua lain. Pemandangan yang menarik menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk mengunjungi tempat ini.

Laluan Trek yang mencabar

1. laluan hutan
2. cerun yang curam

.                            

AKTIVITI HIKING

Aktiviti ini sangat sesuai untuk dijalankan bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Selalunya aktiviti ini dijalankan oleh pertubuhan kelab-kelab outdoor dari seluruh negeri mahupun negara. Untuk lebih menjamin keselamatan, pendaki perlu terdiri daripada ahli yang ramai. Hal ini bagi mengelakkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

aktiviti ini juga sesuai untuk dijalankan bersama ahli keluarga. Namun begitu, taraf kesihatan ahli keluarga perlu diambil berat serta memastikan semua ahli keluarga bersedia dari segi fizikal dan mental. 





KHAZANAH SEMULA JADI

Khazanah semula jadi yang terdapat di Gunung Baling adalah seperti batu kristal yang unik, pemandangan yang cantik dan lain lain.




Perjalanan ke Gunung Baling

a) PETA LALUAN

Petunjuk yang diberikan mungkin berguna kepada anda yang ingin ke Gunung baling.






















KOLAM AIR PANAS TERKENAL

KOLAM AIR PANAS ULU LEGONG, BALING, KEDAH


Kawasan ini terletak di kawasan Baling, kedah. kedudukannya agak strategik kerana terletak di kawasan bukit bukau yang mempunyai udara yang segar. 




Suasana di siang hari

kelihatan orang ramai kurang kunjung kawasan ini pada waktu siang.




Suasana pada waktu malam

Di waktu malam minggu, kawasan ini menjadi sesak kerana dipenuhi orang ramai dari sekitar dan juga luar kawasan. Namun begitu tidak menjadi masalah kerana saiz kolam yang besar dan mempunyai lebih banyak kolam yang mempunyai tahap panas yang berbeza. kepanasan kolam ditentukan oleh nombor kolam sebagai contoh, nombor 1 adalah kolam yang paling panas, nombor 2 kurang panas dan seterusnya semakin kurang kepanasannya.


Harga tiket yang berpatutan

Harga yang ditetapkan sekarang ialah dewasa dikenakan rm6 dan kanak-kanak dibawah 12 tahun dikenakan harga tiket sebanyak rm3. ia adalah sangat berpatutan.


 Penginapan

Kawasan penginapan turut disediakan kepada pengunjung. pakej yang menarik dan murah ditawarkan kepada pengunjung yang datang.


Fasiliti tambahan

Kanak-kanak dapat bermain disamping menginap di challet tersebut.